Blog yang memaparkan kandungan modul, nota-nota, soalan-soalan serta latihan untuk subjek Physics. Dengan adanya blog ini, diharapkan dapatlah kita menghayati serta memanfaatkan kandungan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Diharapkan juga pelajar dan guru dapat memanfaatkan bahan yang disediakan dengan semaksima yang mungkin...
Search This Blog
Saturday, February 18, 2012
Tokoh-Tokoh Fizik Dalam Tamadun Islam
Al-Biruni seorang pengkritik yang kuat menentang fizik Aristoteles. Beliau banyak mengkritik tentang ‘landasan asas’ fizik Aristoteles seperti kehipomorfan, tempat tabii bagi objek dalam bahagian alam bumi. Beliau juga menyangkal kewujudan vakum berdasarkan penalaran dan cerapan fenomenon tabii. Beliau banyak membincang dan menganalisis dengan dalamnya akan konsep asas fizik seperti gravity, jirim dan ruang, dan gerakan bumi. Beliau telah juga memberi sumbangan dalam bidang mekanik dan hidrostatik. Dalam bidang mekanik beliau telah mengukur gravity spesifik logam dan bahan bukan logam dengan darjah kejituan yang tinggi. Beliau membincang tentang tekanan dan keseimbangan bendalir dan juga penyesakan ke atas air dari mata air.
Subscribe to:
Posts (Atom)