Search This Blog

Saturday, December 5, 2009

Fizik Air Mata


BANYAK yang boleh berubah dengan hanya satu kerlipan mata. Bahkan, seluruh lapisan permukaan mata anda berubah setiap kali anda mengerlip mata.
Dalam kira-kira suku saat, cecair mata merembes mata. Ia akan menyapu permukaan lalu meninggalkan lapisan baru yang nipis, sementara selebihnya dialirkan. Walaupun sistem ini mungkin kedengaran mudah, secara fizik, ia agak rumit. Saintis kini menggunakan model komputer matematik untuk cuba memahami bagaimana cecair bergerak di dalam mata dan menjadi air mata.

Kereta Terbang Lulus Ujian



NEW YORK - Dengan hanya menekan beberapa butang sebuah kereta mampu berubah menjadi sebuah kapal terbang dalam masa 30 saat, lapor sebuah akhbar semalam.
Ia mampu terbang pada kelajuan 185.07 kilometer sejam dan bergerak sejauh 724 kilometer dengan menggunakan minyak petrol tanpa plumbum biasa.
Kereta terbang pertama dunia itu dipandu uji oleh seorang juruterbang veteran Amerika Syarikat (AS), Phil Meteer.

Tuesday, November 17, 2009

Proses Kejadian Alam Menurut Al-Quran


Dipetik dari: Http://nurultse6355.multiply.com
Proses Kejadian Alam Menurut Pandangan Al-Quran

Proses kejadian alam ini satu persoalan yang menarik sejak dari zaman dahulu hingga ke hari ini. Manusia masih ingin mencari kepastian asal usul kejadian alam ini. Bagaimana proses kejadiannya. Bagaimana alam ini terjadi dan diciptakan. Manusia masih tercari-cari jawapannya. Manusia tidak jemu-jemu dengan segala usaha dan kemahiran yang ada untuk mencari jawapannya. Ahli-ahli sains hari ini dengan teknologi tinggi dan canggih masih terus berusaha untuk mencari rahsia kejadian alam ini.

Monday, November 16, 2009

Alkhazini Ahli Fizik Yang Mandahului Masa.


AL-KHANZINI adalah salah seorang ulama yang terkenal sekitar tahun 1115-1130 di Merv. Tidak banyak yang diketahui mengenai latar be-lakang keluarganya, tetapi al-Khanzini adalah seorang hamba yang diberi peluang belajar matematik dan falsafah oleh tuannya. Beliau pernah menjadi pe-ngamal matematik di bawah naungan Istana Seljuk. Sungguhpun mempunyai kedudukan yang baik, al-Khanzini adalah seorang warak yang pernah menolak hadiah bernilai 1,000 dinar yang diberikan oleh seorang isteri amir. Malah menurut cerita, beliau hanya hidup dengan perbelanjaan tiga dinar setahun.

Tuesday, November 10, 2009

Solat & Quantum Fizik


Petikan Dari:
http://syurgadidunia.blogspot.com
Solat & Quantum Fizik

Quantum Fizik... eerrmm, mendengar namanya sahaja ramai yg sudah mengerut dahi memikirkan apakah bendanya ni, apa kena mengena pula dgn sembahyang atau solat? Quantum fizik atau quantum mekanik ini adalah antara cabang sains yg masih baru walaupun sudah dikaji sudah hampir seabad lamanya, Albert Einstein adalah salah seorang saintis quantum fizik tetapi beliau sendiri tidak senang dgn apa yg ditemuinya malahan Einstein membencinya. Beliau juga menyatakan bahawa jika quantum fizik ini benar maka ilmu sains yang lain sudah tidak bermakna lagi. Neils Bohr, Erwin Schrondinger, adalah saintis2 yg byk menyumbang terhadap kajian mengenai bidang ini...

Tuesday, November 3, 2009

Fizik Dosa Dan Pahala

Dipetik Dari,
Http://syurgadidunia.blogspot.com
Fizik Dosa Dan Pahala

Semua insan dilahirkan tanpa dosa, ibarat kain putih bak kata Nabi Muhmammad SAW dan ibubapa lah yg mencorakkan insan/anak tersebut. Anak2 mendapat ilmu/panduan untuk hidup bukan sahaja dari ketika didalam kandungan, malah, ibu dan bapa lah yg memilih gen2 apa yg perlu diserlahkan untuk anak2 tersebut sebelum persenyawaan lagi.

Sunday, November 1, 2009

Mat Jenin Setaraf Einstein


Artikal Oleh: http://syurgadidunia.blogspot.com
Mat Jenin setaraf Einstein
"Imagination is more important than knowledge", Albert Einstein

Albert Einstein menyatakan bahawa imaginasi itu lebih penting dari ilmu pengetahuan, agak pelik jika dikaji mengapakah seorang yang kita ketahui adalah seorang saintis hebat boleh mengucap kalimah sedemikian rupa.

Penemuan Seorang Doktor Neurologi.


Seorang Doktor Neurologi Menemui Keajaiban Allah - Umat Islam Terlena...

Dr Email Yang Saya Terima.......
Sahabat2 semua yang Islam dan juga yang Bukan Islam... bacalah Email ini dari sahabat yg menetap di US:

"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.