Search This Blog

Wednesday, October 21, 2009

Siapa kata fizik susah...

Ayat dari bibir pelajar “ takutnya test fizik!!”, “ sampai sekarang ni pun aku tak faham apa tu fizik”, “ buat apa aku study fizik, dah lah susah…buat pening kepala aku jer!!”, “tak belajar fizik pun boleh berjaya apa”, “aku nak jadi peguam dan tak perlu nak belajar fizik”, “rasa nak drop jer subjek fizik” dan “boleh tak saya drop fizik untuk SPM 2009”..

Inilah ayat-ayat yang popular di kalangan pelajar-pelajar SMK. Mereka menganggap fizik susah…memang tidak dinafikan subjek fizik memang antara subjek yang susah tetapi pelajar kena ingat yang subjek lain juga tak sesenang yang disangka kalau tidak ada usaha untuk memahamkanya…Pendapat penulis, pelajar sebenarnya terpengaruh dengan percakapan senior mereka yang terang-terang malas..

Dulu pun sebenarnya penulis mengalami situasi yang sama tetapi anggapan penulis terhadap fizik berubah sama sekali bila penulis tiba-tiba berjaya menyelesaikan satu masalah fizik tanpa bantuan sesiapa…penulis masih ingat lagi semasa di tingkatan 4, penulis diberikan kerja rumah fizik untuk sub tajuk momentum dalam tajuk daya dan gerakan…jawapan betul menyebabkan timbul satu keadaan kepuasan yang membuak-buak dan bermulalah rasa seronok untuk menyelesaikan lebih banyak soalan fizik yang mula dari tahap senang hinggalah ke tahap penyelesaian masalah….soalan demi soalan telah berjaya diselesaikan dan akhirnya penulis menjadi antara hero di dalam kelas 4 Sains di SMKPG 2 tahun 1999..

Fizik sebenarnya berkenaan alam sekeliling yang menceritakan secara sains bagaimana sesuatu itu terjadi dan menariknya ia boleh dikira menggunakan formula…kita tahu berapa laju peluru, kelajuan cahaya, gravity dan banyak lagi situasi-situasi alam yang dibentangkan secara ilmiah dan berbukti..menarik kan!! Sekarang ni, penulis selaian berkhidmad sebahagai guru, penulis juga menyambung MASTER dalam bidang Fizik juga demi memenuhi kepuasan fizik dalam diri..

Tips menjawab kertas Fizik:
1. Baca dan fahamkan soalan.
2. Keluarkan semua maklumat yang diberi dan ia menjadi lebih mudah dengan melukis dan melakar gambar rajah situasi.
3. Fikirkan formula yang bersesuaian dan manipulasikan bila perlu.
4. Masukkan semua nombor yang ada dalam rumus dan jawab soalan dengan tenang dan penuh yakin.
Selamat mencuba dan semoga berjaya

2 comments:

  1. slm cikgu,
    sy berminat nak sambung master in fizik sedangkan sy major in maths but minor sy sains
    susah x agak2 master fizik ni ye ckgu?

    ReplyDelete